Playing via Spotify Playing via YouTube
Skip to YouTube video

Loading player…

Scrobble from Spotify?

Connect your Spotify account to your Last.fm account and scrobble everything you listen to, from any Spotify app on any device or platform.

Connect to Spotify

Dismiss

A new version of Last.fm is available, to keep everything running smoothly, please reload the site.

Biography

Hyper Act, band yang berasal dari Johor Bharu ini mula menghasilkan beberapa buah lagu, giat mempamerkan karya mereka disekitar Kuala Lumpur serta turut membuat persembahan. Band yang mempunyai vokalis bersuara unik lagi mantap ini membawa aliran muzik yang pelbagai seperti Modern Rock, Pop Rock dan sedikit Hard Rock. Tuah lagu Harapan mula membuahkan hasil apabila ia diketengahkan sebagai runut bunyi utama dalam sebuah drama di televisyen swasta. Sejak itu mereka lebih dikenali malahan menjadi sebutan ramai tatkala stesen radio kerap memutarkan lagu tersebut sehingga Harapan pernah menduduki tangga pertama di Carta ERA 40.

Tidak cukup dengan itu, lagu Harapan menjadi satu-satunya Top 5 yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM19) dimana lagu nyanyian band ini bakal bersaing dengan nama-nama besar tanah air seperti Shila Amzah, Yuna, dan Jaclyn Victor. Kini Hyper Act yang membawa pengaruh muzik seperti Queen, Europe, dan Linkin Park semakin bersemangat dan lebih aktif bergerak di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan juga mereka mula mencari ruang untuk memperjuangkan muzik rock mereka di luar negara.

Ahli adalah seperti berikut:

Vokal Utama : Ronnie

Vokal 2 + Bassist : Toi (AF 6)

Keyboard : Akir

Gitar Utama : Freedy

Gitar ke-2 : Intan

Drummer : Labib

Edit this wiki

Don't want to see ads? Subscribe now

API Calls