Discover New Music

Last.fm is a music discovery service that gives you personalised recommendations based on the music you play.

Start your Last.fm profile Close window

Firdaus

Tags

Everyone’s tags

More tags

Biography

Firdaus mula ditubuhkan pada tahun 1995 di Pusat Matrikulasi, Universiti Utara Malaysia dengan nama asal De Firdaus. Pada awalnya, kumpulan ini bernaung di bawah Unit Kesenian, Persatuan Pelajar Islam, Pusat Matrikulasi, UUM.

Kumpulan ini diilhamkan oleh ketua kumpulan iaitu, Mohd. Khairil Azrin Rafli. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan Suara SMAKL dan juga kumpulan Anugerah. Pengalaman yang ditimba oleh beliau menerusi 2 album sewaktu persekolahan menengah beliau telah dicurahkan untuk memajukan kumpulan ini.

Pada awalnya, kumpulan ini sekadar membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran persatuan, kolej-kolej di UUM serta sekolah-sekolah di sekitar utara semenanjung Malaysia. Mereka juga menyertai pertandingan-pertandingan nasyid anjuran pelbagai IPT di seluruh Negara.

Perkembangan industri hiburan nasyid pada awal 1997 telah mendorong enam orang anggota dari kumpulan ini untuk mencuba nasib bagi merakamkan album untuk pasaran komersial. Mujahid Abd Wahab (Nowseeheart) merupakan orang yang telah memperkenalkan kumpulan ini kepada wakil syarikat rakaman SRC. Setelah melalui pelbagai sesi ujibakat di bawah bimbingan En Adnan Abu Hassan akhirnya pada 1 Ogos 1997, enam orang anggota kumpulan ini telah menandatangani perjanjian kontrak sebagai artis Suria Records (SRC) dengan nama FIRDAUS. Enam orang anggota itu ialah, Mohamad Ismandi Wasli, Mohd. Idzwan Yacob, Mohd. Khairil Azrin Rafli, Mohamad Rasul Mohd. Noor, Syed Fadilah Syed Alias dan Mohd. Tarmidi Mahli.

Listening Trend

283listeners all time
4,816scrobbles all time
Recent listeners trend:

Start scrobbling and track your listening history

Last.fm users scrobble the music they play in iTunes, Spotify, Rdio and over 200 other music players.

Create a Last.fm profile

Shoutbox

Leave a comment. Log in to Last.fm or sign up.